PROGRAM - PROGRAM

PROGRAM ; JOM KE SEKOLAH / KOLEJ
TARIKH : 06 FEBRUARI 2017
TEMPAT : DATARAN ILMU KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

ANJURAN : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)


 Inspektor Mohd. Taufik Bin Ismail membaca Perutusan Ketua Polis Negara di Kolej Tingkatan Enam Saratok.


 Pengetua KT6 Saratok, Tuan Haji Abang Adrus Bin Abang Junidi membaca perutusan Menteri Pendidikan.


Penyerahan Peti Aduan Murid oleh Inspektor Mohd. Taufik Bin Ismail kepada pengetua kolej - Tuan Haji Abang Adrus Bin Abang Junidi sambil disaksikan oleh Dr. Kiplie Bin Amit (PK HEM) dan Ketua Unit Disiplin KT6 Saratok , Encik Awang Abang Bin Awang Lawi.


Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.


OBJEKTIF
1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.

 2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang – undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP (BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2 (19) bertarikh 29 Julai 2010.



JADUAL ATUR CARA

MASA
ATUR CARA
0730
ü  Perhimpunan Murid, Guru, PIBG dan PDRM
ü  Nyanyian Lagu
    Negaraku
    Ibu Pertiwiku
ü  Bacaan Doa
ü  Ikrar Murid
ü  Bacaan Perutusan KPN, PDRM
ü  Bacaan Perutusan KPPM, KPM
ü  Perasmian pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Perasmian Peti Aduan Murid
0800
ü  Nyanyian Lagu Sekolah
ü  Bersurai
0810
ü  Majlis sarapan pagi
Jadual




PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN DAN SAHSIAH DIRI PELAJAR
GANGGUAN SEKSUAL

Gangguan seksual merupakan pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:
Gangguan secara lisan
Gangguan secara isyarat / bukan lisan
Gangguan visual
Gangguan psikologi
Gangguan fizikal

Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja, termasuklah di rumah, tempat awam atau di tempat kerja. Malah, di sekolah juga tidak terkecuali, baik terhadap kanak-kanak di sekolah rendah mahupun remaja di sekolah menengah.

Berikut adalah jenis-jenis gangguan seksual yang berlaku di sekolah.

1. Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah
2. Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah
3. Membuat perlakuan atau isyarat lucah
4. Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah
5. Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan lucah.
6. Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan lucah.
7. Melakukan sentuhan yang berunsur seksual
8. Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar
9. Menyebar khabar angin berunsur seksual.


PUNCA GANGGUAN SEKSUAL

 

1. Tarikan Fizikal & Personaliti Yang Menarik

Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden  adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Bagi sesetengah golongan wanita, keterampilan yang moden sering menjadi salah satu sebab mengapa perkara ini terjadi. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada individu lain dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian.

2. Pertandingan dan Ego

Lelaki akan bersikap ego apabila dicabar oleh rakan-rakan. Ini kerana, lelaki mahu dilihat hebat di mata lelaki lain. Hal tersebut akan menyebabkan mereka berkelakuan untuk mencabul mangsa dengan mencubit, membuat ancaman sama ada secara tersirat ataupun terbuka dan mengintip wanita tersebut. Sekiranya mereka berjaya mereka akan berasa bangga dan puas.

3. Perbezaan Hormon

Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang bersifat gangguan seksual.

KESAN GANGGUAN

SEKSUAL

 

1. Kesan kepada peribadi
* Emosi tiak stabil
* Merasa malu untuk berhadapan dan bergaul dengan individu lain.
* Timbul rasa rendah diri, tidak berharga dan terhina.
* Takut dan curiga terhadap keadaan sekeliling
* Menjadi ‘paranoid’ kepada pergerakan sekelilingnya dan orang asing.
* Menganggu ketenangan

2. Kesan dari segi sosial
* Gemar mengasingkan diri
* Menjejaskan prestasi akademik

No comments:

Post a Comment