Thursday, 9 February 2017

DETAIL PROGRAM : PERANG PSIKOLOGI 01 - 02 FEBRUARI 2017

TARIKH: 01 – 02 FEBRUARI 2017
MASA    : WAKTU REHAT

TEMPAT              : SELURUH KAWASAN KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK




















Program Perang Psikologi ini dijalankan selama dua (2) hari berturut – turut iaitu pada 01 Februari 2017 dan 02 Februari 2017. Pada hari pertama, ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengedarkan 60 keping bookmark dan 60 helai pamphlet yang bertajuk ‘Persiapan Diri Ke Arah Pelajar Gemilang’. Waktu yang diguna pakai dalam proses pengedaran maklumat ini ialah pada waktu rehat sahaja di mana ahli PRS berjalan di kitar kawasan kolej dan memberikan bookmark dan pamphlet tersebut secara percuma kepada para pelajar. Para pensyarah juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bookmark untuk simpanan peribadi masing – masing. Tepat jam 1010 pagi, ahli PRS menyatakan bahawa semua bookmark dan pamphlet telah habis diedarkan.

Hari kedua Perang Psikologi berlangsung pada 02 Februari 2017 tepat jam 0950 pagi di mana ahli PRS dengan penuh komitmentnya telah bersedia untuk menjalankan tugas pengedaran bookmark dan pamphlet. Pada hari kedua, maklumat yang diedarkan adalah 60 keping bookmark dan 60 helai pamphlet yang bertajuk ‘Persiapan Diri Ke Arah Pelajar Gemilang’. Tepat jam 1010, maklumat telah habis diedarkan.

Pengedaran maklumat seperti bookmark dan pamphlet tidak memakan masa yang lama tetapi proses penyediaan maklumat ini bagaimanapun sebaliknya. Guru bimbingan dan kaunseling di bantu oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya dalam proses mereka bookmark, laminate, mencari ayat motivasi, menggunting dan membuat pamphlet sejak awal bulan Januari 2017.

No comments:

Post a Comment